WHO kutuk tindakan Israel arah hospital di Gaza pindahkan pesakit

WHO kutuk tindakan Israel arah hospital di Gaza pindahkan pesakit

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya arahan pemindahan yang dikeluarkan Israel ke atas 22 hospital yang terletak di utara Gaza.

WHO menegaskan pemindahan secara paksa pesakit dan petugas kesihatan akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan kesihatan awam, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).



Kemudahan kesihatan di kawasan itu terus menerima kemasukan pesakit meskipun bergelut untuk beroperasi melebihi kapasiti maksimum dan sesetengah pesakit terpaksa dirawat di koridor berikutan kekurangan katil.

WHO berkata, tindakan memaksa lebih 2,000 pesakit berpindah ke selatan Gaza boleh dianggap umpama ‘hukuman mati’.

Badan dunia itu juga turut mengulangi gesaan untuk penghantaran segera bekalan perubatan, bahan api, air bersih, makanan dan bantuan kemanusiaan lain ke Gaza melalui Rafah. WAFA

WHO kutuk tindakan Israel arah hospital di Gaza pindahkan pesakit



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker