Ya Allah! Betul ke ini Malaysia?

Ya Allah! Betul ke ini Malaysia?

Ya Allah! Betul ke ini Malaysia? Najib bidas kesesakan di CAC Stadium Malawati

Najib Razak membidas kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati, Shah Alam, berikutan peningkatan kes wabak itu di Selangor.



Bekas perdana menteri itu mempersoalkan bagaimana negara boleh berdepan masalah kesesakan seperti itu malah semakin parah ketika ini.

“Ya Allah! Isu kesesakan ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu. Siap beri cadangan cara penyelesaian.

“Kenapa ini masih boleh berlaku malah bertambah parah. Kenapa kamu tiada belas kasihan pada mereka,” katanya di Facebook.

Najib berkata, kesesakan seperti itu tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi melibatkan pelbagai lapisan dari warga emas hingga ke anak kecil.



Ya Allah! Betul ke ini Malaysia?

Katanya, semua sedang mengalami kesakitan dan ada yang sudah tenat.

“Semua terpaksa beratur bersama ribuan lagi pesakit Covid-19.

“Dipaksa beratur sehingga 10 jam di jalan di bawah matahari terik untuk mendapat perhatian. Tanpa minuman dan makanan.



“Apa yang akan jadi jika hujan turun pula? Patutkah rakyat Malaysia, sahabat-sahabat kami dilayan seperti ini oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, ini bukan soal politik tetapi isu kemanusiaan.

“Ini isu kamu masih seorang manusia yang ada sedikit rasa simpati dan tanggungjawab atau bukan.

“Ini Malaysia? Betul ke ini Malaysia?” soalnya.



Peningkatan kes Covid-19 di Selangor menyebabkan CAC itu terus dikunjungi orang ramai untuk mendapatkan penilaian kesihatan.

CAC Stadium Malawati mula beroperasi 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dan mampu menampung sehingga 1,500 pesakit. FMT

Ya Allah! Betul ke ini Malaysia?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker