Gadis ditangkap sorok syabu celah kemaluan

Seorang gadis berumur 18 tahun menyembunyikan sejumlah syabu di dalam kemaluannya kerana ‘tergoda’ dengan upah 2.5 juta rupiah (RM752.68) dalam kejadian di Semarang, lapor portal berita Prohaba kelmarin.

Dia menyembunyikan dadah itu di dalam alat pencegah kehamilan untuk dihantar ke Lembaga Pemasyarakatan (LP) Kedungpane Semarang, Jawa Tengah.

Ketua Unit Keamanan LP Semarang, Supriyanto menyatakan, sekitar pukul 8.50  pagi (waktu tempatan), pelaku tiba di kawasan parkir motosikal pengunjung di halaman luar LP Kedungpane.

“Setelah dilakukan penggeledahan oleh petugas wanita LP dan anggota polis wanita,  ditemukan barang mencurigakan yang dibungkus dan disembunyikan di dalam kemaluan,” jelasnya.

Selepas bungkusan itu diminta dibuka, mereka menemui pil-pil syabu itu.

Dia mengaku bersedia menjadi keldai dadah kerana jumlah upah yang ditawarkan kepadanya berjumlah 2.5 juta rupiah.

Pelaku mengaku hanya diperintah temannya untuk membawa barang tersebut ke dalam LP Kedungpane dan diserahkan kepada seorang individu. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker