MB Kelantan ucap terima kasih pada kerajaan pusat bantu selesai masalah air

Kerajaan pusat bantu selesai masalah air Kelantan

Kerajaan Kelantan mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu.

Menteri Besar, Mohd Nassuruddin Daud berkata peruntukan dana itu akan dapat memberi manfaat kepada Kelantan dan seluruh rakyatnya.

“Alhamdulillah, kerajaan Pusat bantu Kelantan untuk menyelesaikan masalah air.

“Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Pusat untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini.

“Kita sentiasa bersedia untuk berganding bahu dengan kerajaan pusat demi kesejahteraan rakyat,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Semalam Anwar yang juga menteri kewangan berkata sejumlah RM1.1 bilion diperuntukkan untuk menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan, Sabah dan Labuan.

“Masalah air ini bukan saja di Kelantan, malah berlaku juga di negeri yang lain.

“Namun, kita ucapkan terima kasih banyak kepada perdana menteri dan kerajaan Pusat,” kata Nassuruddin lagi.

Kerajaan pusat merancang penyelenggaraan paip air dan projek pembinaan Loji Rawatan Air Machang Fasa 1 berkapasiti 250 juta liter sehari bagi meningkatkan rizab bekalan air di Kelantan. Mk

Kerajaan pusat bantu selesai masalah air Kelantan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker