Hanya 4 pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah siap setakat ini

PUTATAN: Hanya empat daripada 16 pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang sudah dimulakan setakat ini, siap menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya, berkata pakej terbabit ialah ialah Pakej Kerja (WP) lima di Papar, WP 15 di Tawau, WP 27 di Sandakan dan WP 21 di Lahad Datu Bypass.

Beliau berkata WP 21 dijadual siap pada akhir tahun ini, manakala tiga pakej lain sudah siap dan dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna jalan raya ketika ini.



“Setakat ini hanya 15 pakej projek Lebuhraya Pan Broneo Sabah yang sudah dimulakan dengan tiga daripadanya sudah siap iaitu di Papar, Tawau dan Batu 32 Sandakan – Kinabatangan, manakala satu lagi iaitu Lahad Datu Bypass dijangka siap akhir tahun ini.

“Baki pakej kerja yang sedang dilaksanakan ketika ini ada yang dijangka siap pada akhir 2025 dan ada juga yang dijangka siap pada 2026,” katanya selepas menyempurnakan program Hari Sukan Negara peringkat pantai barat Sabah, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dalam Belanjawan 2024.

Ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri mengumumkan proses tender bagi 19 pakej kerja Fasa 1b untuk lebuh raya berkenaan akan diselesaikan bulan depan.



Pakej kerja berkenaan membabitkan jajaran sepanjang 366 kilometer dengan kos sebanyak RM15.7 bilion.

Shahelmey berkata, dokumen tender bagi pelaksanaan 19 pakej itu sudah disediakan, manakala makmal pengurusan nilai juga selesai dilengkapkan.

“Kita menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dan berharap 19 pakej itu dapat dilaksanakan. Untuk makluman, semua pakej itu sudah tersedia, dokumen tender juga tersedia dan makmal pengurusan nilai sudah dilengkapkan baru-baru ini,” katanya.

Secara keseluruhan, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengandungi sebanyak 35 pakej kerja dalam Fasa Satu, dengan 16 daripadanya iaitu Fasa 1a sudah dimulakan, manakala baki 19 pakej dalam Fasa 1b belum bermula.



Panjang jajaran dalam semua pakej kerja itu dianggarkan 706 kilometer.

Berbeza dengan Sarawak, keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri jiran itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker