Capital A paling untung susulan penggantungan MYAirline

Capital A paling untung susulan penggantungan MYAirline

Capital A Bhd, yang memiliki 100 peratus syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Malaysia, akan mendapat manfaat yang paling besar daripada penggantungan operasi MYAirline Sdn Bhd (MYAirline), demikian menurut penganalisis.

Penganalisis Maybank Investment Bank (Maybank IB), Yin Shao Yang, berkata MYAirline bersaing secara langsung dengan AirAsia Malaysia, yang lazimnya menyumbang lebih 80 peratus kepada perolehan kumpulan Capital A.

Beliau berkata, ia ditambah dengan penangguhan penghantaran pesawat badan sempit Boeing B737

Katanya, keadaan itu akan memberikan tekanan kepada harga tambang untuk meningkat.

“Tambahan pula, masa penggantungan MYAirlines ini adalah pada permulaan tempoh perjalanan akhir tahun. Tambang biasanya memuncak pada suku keempat, yang bermakna akan menjadi suku keempat ‘durian runtuh’ buat Capital A.

“Mengambil kira semua keadaan adalah sama, setiap RM1 harga tambang AirAsia Malaysia yang lebih tinggi berbanding purata akan menghasilkan antara RM25 juta hingga RM30 juta kepada perolehan kumpulan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

MYAirline dalam satu kenyataan mengejut semalam mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu dalam kenyataan berkenaan memaklumkan keputusan penggantungan dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Shao Yang berkata Maybank IB menjangkakan penggantungan operasi MYAirline akan memberikan sedikit kesan negatif kepada pengendali lapangan terbang, Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB).

Beliau berkata, MYAirline merangkumi kurang daripada 10 peratus trafik penumpang domestik MAHB dan dianggarkan menyumbang kurang dua peratus kepada pendapatannya, mengambil kira bahawa caj perkhidmatan penumpang (PSC) domestik adalah lima hingga tujuh kali rendah berbanding PSC antarabangsa.

“Terdapat juga jumlah yang dihutang kepada MAHB daripada MYAirline, tetapi pengendali lapangan terbang itu memberikan jaminan kepada kami bahawa sebarang peruntukan tidak akan memberikan sebarang kesan material kepada perolehannya,” katanya.

Beliau menambah, AirAsia X pula dijangka tidak terkesan sama sekali dengan penggantungan operasi MYAirline, yang menggunakan pesawat badan sempit Airbus A320 untuk terbang ke destinasi domestik dan ASEAN.

“AirAsia X pula menggunakan pesawat badan lebar Airbus A330 yang terbang ke destinasi di luar ASEAN, kecuali Bali,” katanya.

MYAirline diasaskan secara rasmi pada 11 Januari 2021 dengan sokongan kewangan daripada Zillion Wealth Bhd (88 peratus), Trillion Cove Holdings Bhd (10 peratus) dan Pengasas Bersama dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayner Teo (dua peratus).

Lembaga Pengarah MYAirline terdiri daripada Pengasas Bersama yang juga pemegang saham terbesar, Datuk Allan Goh Hwan Hua bersama anak lelakinya, Sean Goh Tze Han; bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman; bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Abd Hamid Mohd Ali; Teo dan Pengarah Trillion Cove, Jothi Prakash Murugan. BH

Capital A paling untung susulan penggantungan MYAirline

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker