Kes 1MDB bukan kes curi ayam – Ketua Polis Negara

Beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa, kerana kes itu melibatkan duit kerajaan dan rakyat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata siasatan terhadap Roger Ng, 51, yang diekstradisi dari Amerika Syarikat bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu akan dijalankan sehingga pihak berkuasa berpuas hati.

“Tiada tempoh masa dan, tiada had (siasatan) sehingga kita puas hati (jalankan siasatan), kerana ia melibatkan duit kerajaan dan rakyat. Kita akan adakan sidang akhbar dari semasa ke semasa, beri kami peluang untuk menyiasat.



“Jangan risau, baru dua hari, sabar, ini bukan kes curi ayam,” katanya katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke 76 di Markas PPM Wilayah 1 di Batu Uban, di George Town hari ini. Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin.

Roger Ng yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbillion dollar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.

Pada 19 Dis 2018, Roger Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Pada 9 Jan lepas, Mahkamah Tinggi di Amerika Syarikat melepas tanpa membebaskan (DNAA) Roger Ng daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu, berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB.



Sementara itu, Razarudin berkata polis akan bersikap telus dan adil dalam siasatan terhadap isu video tular yang memaparkan orang kena tahan (OKT) kelihatan dipukul ketika berada dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Klang Selatan, Selangor.

“Kami akan telus dan adil dalam siasatan kami dan ini komitmen kami. Saya juga telah maklumkan hasrat saya itu kepada Ketua Polis Selangor,” katanya.

Rakaman video berkenaan dikesan tular menerusi aplikasi Telegram, dan semakan mendapati kejadian berlaku di BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 2 Ogos 2022.

Sementara itu Razarudin berkata Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menangani 4,955 kes penyeludupan rokok, minuman keras, dadah dan khazanah negara, dan merampas pelbagai barang yang berkaitan dengan nilai berjumlah RM186 juta dalam operasi sejak awal Januari hingga Ogos tahun ini.



Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil operasi berterusan PPM dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Perikanan, Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Jabatan Laut dan Lembaga Pelabuhan dan Dermaga, dalam memerangi penyeludupan kontraban dan mencegah jenayah rentas sempadan.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan dan pucuk pimpinan PDRM sentiasa mengambil cakna akan kebajikan dan keperluan aset PPM sejajar dengan arus pembangunan pesat dalam bidang teknologi marin.

Beliau berkata antara projek dan aset terbaharu PPM adalah projek Pembangunan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 di Tok Bali, Bachok, Kelantan bernilai RM75 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap Januari 2024.

”Selain itu, Projek Pembangunan Markas Pangkalan Hadapan (Forward Operation Base) di Pulau Mabul, Semporna, Sabah bernilai RM45.5 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Januari 2024 dan Projek Pembangunan Markas Operasi Muar di Muar, Johor bernilai RM40 juta yang kini dalam proses penyediaan skop kerja oleh Jabatan Kerja Raya,” katanya.



Beliau berkata PPM juga memperoleh aset antaranya perolehan 10 bot police strike craft, Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Full Cabin dengan nilai kos projek RM32.81 juta.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker