Kerajaan belum buat keputusan haramkan TikTok Shop
Kerajaan belum buat keputusan haramkan TikTok Shop
Malaysia belum memutuskan mengambil langkah sama seperti kerajaan Indonesia untuk mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok Shop.
Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya akan meneliti lebih mendalam sebelum sebarang keputusan diambil.
Beliau berkata, pihaknya telah meminta beberapa maklumat daripada TikTok shop untuk memahami situasi sepenuhnya berkenaan penetapan harga, kedaulatan dan perkongsian data serta beberapa isu lain yang timbul membabitkan platform berkenaan.
Katanya, pihak TikTok Shop akan kembali dengan maklum balas dan kementerian akan menelitinya dengan lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan selepas itu.
“Semestinya keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia. Saya minta beberapa maklumat daripada TikTok Shop untuk memahami situasi sepenuhnya seperti yang ada disebutkan (Presiden Indonesia), Jokowi membabitkan penetapan harga, kedaulatan data dan perkongsian data.
“Beberapa perkara ini telah kita sampaikan kepada TikTok Shop dan mereka akan kembali dengan maklum balas. Kita akan teliti dulu dan jika perlu selepas itu, berdasarkan maklumat yang kita terima dan memahami keadaan, apa-apa tindakan yang akan diambil akan dibuat selepas itu,” katanya.
Beliau ditemui selepas pelancaran Sistem Pengurusan Inventori Autonomi Kecerdasan Buatan (AI) dikuasakan 5G yang pertama di Malaysia hasil kerjasama antara CelcomDigi Bhd dan DHL Supply Chain Malaysia (DHL).
Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada transaksi e-dagang dalam platform TikTok Shop akan diharamkan seperti yang dilakukan kerajaan Indonesia.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pematuhan operasi TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan perkara itu telah disampaikan kepada pihak TikTok.
Beliau berkata, pihaknya telah meminta TikTok untuk bertemu dengan kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu depan dan mereka bersedia untuk bertemu dan mengadakan perbincangan.
“Dalam pertemuan semalam, saya minta supaya beberapa maklumat tambahan disediakan TikTok Shop dan ini akan diteliti kementerian dalam minggu-minggu akan datang,” katanya.
Mengenai harapan kementerian terhadap Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan esok, Fahmi berkata, pihaknya berharap berita gembira akan diumumkan berkaitan pelaksanaan 5G di negara ini.
Beliau percaya ada beberapa perkara yang akan menjadi fokus dalam Belanjawan 2024 membabitkan perkara utama seperti kos sara hidup, rantaian bekalan bagi keterjaminan makanan seperti isu beras. BH
Kerajaan belum buat keputusan haramkan TikTok Shop
Baca Artikel Menarik:
- Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?
- Pendang diarah keluar Dewan lagi
- Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain
- Aku tiada di rumah masa kejadian tapi ‘live’ demi mak – Syafiq Amzah
- Skirt Vivy Yusof berharga RM16,000 tarik perhatian ramai
- Zul Ariffin kembali bercinta dengan Gayatri?
- Lima cara menekan Israel
- Kenapa Hamas serang Israel?
- Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut
- Kau ‘bantai’ kakak, adik, mak kau – bekas isteri Syafiq Amzah
- Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu
- Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh
- ‘Stay safe’ Gadot, Raja Ilya dikecam netizen sokong artis Yahudi
- Bella tak percaya suami ke, soal netizen
- Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim