Serangan berterusan Israel terhadap Gaza dikutuk OIC
Serangan berterusan Israel terhadap Gaza dikutuk OIC
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza yang mengorbankan ratusan rakyat Palestin dan mencederakan ribuan yang lain.
OIC juga menyalahkan Israel atas peningkatan ketegangan itu, sambil menambah pendudukan berterusan adalah punca ketidakstabilan.
“Sekretariat Agung OIC amat bimbang tentang perkembangan di lapangan dan peningkatan berbahaya Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
“Pendudukan Israel yang berlarutan dan kegagalannya untuk mematuhi resolusi legitimasi antarabangsa serta peningkatan kadar serangan dan jenayah harian terhadap rakyat Palestin, tanah dan kesucian mereka serta merampas hak sah mereka adalah sebab utama ketidakstabilan,” menurutnya dalam satu kenyataan.
OIC menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam menghentikan serangan Israel dan memberikan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin.
Ia juga menyeru majlis itu menaja proses politik yang boleh dipercayai untuk menamatkan pendudukan Israel dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya mengikut sempadan pada 4 Jun 1967, dan mencapai perdamaian yang adil dan komprehensif berdasarkan visi penyelesaian dua negara bagi setiap resolusi legitimasi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 413 rakyat Palestin telah terbunuh manakala 2,300 lagi cedera ketika serangan Israel di Semenanjung Gaza memasuki hari kedua semalam. BH
Serangan berterusan Israel terhadap Gaza dikutuk OIC
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.