PLKN diteruskan semula – Tok Mat

PLKN diteruskan semula – Tok Mat

Kerajaan bersetuju meneruskan kembali Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini memberhentikannya pada 2018 .

Dengan kaedah latihan berbeza, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, berkata lebih 20,000 belia akan menjalani latihan di 13 kem tentera sedia ada selama 45 hari.

“Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template’ (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

“Kita mahu supaya kali ini kerajaan tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberi pulangan baik kepada modal insan,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad kemudiannya pada sidang media di Parlimen hari ini, berkata, kerajaan membelanjakan peruntukan yang terlalu tinggi untuk program PLKN.

“Ya, memang benar bahawa (PLKN) 1.0 melatih 900,000 dalam tempoh 16 tahun. Sepanjang tempoh itu kita membelanjakan kira-kira RM8.05 bilion,” katanya. Mk

PLKN diteruskan semula – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker