Naikkan harga siling, pastikan industri beras menguntungkan – Johari Ghani
Naikkan harga siling, pastikan industri beras menguntungkan – Johari Ghani
Kerajaan perlu menumpukan kepada pembangunan industri beras di negara ini supaya menjadi industri yang menguntungkan, sekali gus menjadikan negara lebih berdikari.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata untuk itu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu langkah untuk menggalakkan bidang pengeluaran beras kerana ia satu-satunya industri yang membolehkan kita tidak bergantung kepada negara lain.
Mengambil contoh industri kelapa sawit, Johari berkata, apabila ia dilihat mendatangkan keuntungan, syarikat besar turut terbabit dalam membangunkannya, sehingga Malaysia menjadi pengeksport kedua terbesar di dunia.
“Apa yang paling penting, kita nak galakkan pesawah kita dan dia boleh mendapat keuntungan. Apabila syarikat besar tengok industri ini boleh menguntungkan, mereka akan sama-sama terbabit secara langsung untuk membangunkan industri beras ini.
“Sebagai contoh di Vietnam, pada awal 1980 mereka mengimport beras seperti kita, tapi kini sudah jadi pengeksport ketiga terbesar dunia kerana ada unsur keuntungan kepada industri dan pesawah.
“Jika kita cerita ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, masalah bekalan beras ini akan terus berlanjutan dan keselamatan makanan bagi beras ini tidak akan boleh diatasi.
“Jika kita beri betul-betul tumpuan dan memastikan bekalan dan permintaan serta keuntungan atau jualan boleh mengatasi kos, saya percaya jika kita boleh buat dalam soal kelapa sawit, mengapa tidak boleh buat dalam soal beras,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan sesi penerangan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkenaan isu bekalan beras putih tempatan (BPT).
Dalam pada itu, Johari turut mencadangkan supaya kerajaan menyediakan subsidi bagi pembelian BPT untuk 3.2 juta isi rumah B40 jika harga beras itu dinaikkan, bagi membantu golongan berkenaan.
“Kita nak kalau boleh dijual (dengan harga lebih tinggi dari harga siling), biar ia naik sebab ia menggalakkan petani untuk terus menanam padi kerana mereka tahu, ia boleh mendapatkan keuntungan yang banyak.
“Contohnya, jika kita tetapkan siling RM2.60 per kilogram (kg) atau RM26 bagi 10 kg, kita boleh benarkan ia dijual, katakan RM32, maka ada jurang RM6.
“Saya kira, untuk selesaikan masalah isi rumah B40 dalam jangka masa pendek ini, jika RM6 (bagi setiap 10 kg) dan (penggunaan) 20 kg, didarab dengan 12 bulan, dalam RM460 juta subsidi setahun (diperlukan) untuk 3.2 juta isi rumah.
“Apabila beras sudah dapat diimport semula, maka subsidi ini boleh ditarik balik secara perlahan-lahan,” katanya.
Memberi maklum balas kepada cadangan subsidi itu, Mohamad menyifatkan ia sebagai amat baik dan akan memaklumkannya kepada Kementerian Kewangan esok, supaya dapat dimasukkan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
“Ini cadangan yang baik, yang membolehkan kita melihat kestabilan yang akan berlaku,” katanya. BH
Naikkan harga siling, pastikan industri beras menguntungkan – Johari Ghani
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.