Kerajaan Madani buat apa kita cakap – Azalina

Azalina berkata kajian bagi melaksanakan pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya akan melalui tiga fasa.

Kerajaan Madani buat apa kita cakap – Azalina

Perbezaan kerajaan kini berbanding pentadbiran dahulu berhubung usaha mengasingkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya adalah komitmen jelas melaksanakannya yang dirintis melalui tiga fasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata pentadbiran Anwar Ibrahim telah memulakan fasa pertama membabitkan kajian pasukan petugas khas berhubung model undang-undang di beberapa negara.

“Sebanyak tiga fasa yang akan dilalui. (Namun) perbezaan kerajaan perpaduan dan Madani ini (berbanding kerajaan terdahulu), kita cakap kita buat,” katanya menjawab soalan berkaitan isu pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya oleh Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) di Dewan Rakyat.

Takiyuddin dalam soalan tambahan berkait garis masa pelaksanaan pemisahan kuasa peguam negara dan pendakwa raya, berkata usaha itu turut menjadi komitmen utama kerajaan pimpinan mereka yang mentadbir Putrajaya dari 2020 hingga 2022.

Azalina berkata kerajaan komited dalam usaha reformasi melibatkan pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya dengan memastikan kajian dibuat secara holistik serta mengambil kira cabaran pelaksanaannya.

Menurutnya, yang oleh Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal akan memastikan pengasingan itu dapat dilaksanakan tanpa sebarang pengaruh politik dan dilaksanakan secara telus.

Katanya, kajian berdasarkan keterangan ke atas beberapa buah negara dibuat bagi meneliti dan merangka model yang paling sesuai dalam konteks Malaysia.

“Negara yang sedang dikaji mengamalkan sistem perundangan berasaskan demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem adversarial dan mempunyai pelbagai struktur pentadbiran iaitu Persekutuan, Negeri, Kesatuan dan sebagainya.

“Pada 11 Oktober, saya akan mempengerusikan mesyuarat untuk mendengar pembentangan hasil kajian awal berdasarkan pendekatan doktrinal mengenai pelaksanaan pengasingan peranan pendakwa raya dan peguam negara di sembilan negara iaitu England dan Wales, India, New Zealand, Australia, Kanada, Afrika Selatan, Ireland, Kenya dan Amerika Syarikat,” katanya.

Azalina berkata fasa dua membabitkan meneliti secara komprehensif kesan perundangan, perjawatan dan kewangan dan menyediakan laporan interim untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Jelasnya, sesi libat urus dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta pihak pemegang taruh lain akan diadakan pada fasa ketiga antaranya polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Majlis Peguam Malaysia. FMT

Kerajaan Madani buat apa kita cakap – Azalina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker