Jangan serbu kilang beras sendirian – Mat Sabu
Jangan serbu kilang beras sendirian – Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) Mohamad Sabu mengingatkan mana-mana pihak tidak bertindak sendirian menyerbu kilang beras untuk memantau isu bekalan makanan ruji negara itu.
Mohamad berkata kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas terdiri daripada pelbagai agensi antaranya bahagian padi dan beras di bawah kementeriannya, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Memberi contoh polis yang memerlukan waran membuat tangkapan, beliau berkata mereka yang ingin memantau bekalan bekalan beras juga tertakluk undang-undang dan menegaskan: “Mereka tidak boleh buat serbuan dan ambil video.”
“Jangan individu buat serbuan sebab kita ada undang-undang kena ikut, buat laporan kepada polis dan jabatan saya sebut tadi,” katanya di Dewan Rakyat.
Mohamad bagaimanapun enggan menyebut nama individu menyerbu kilang beras dan hanya menasihatkan secara umum.
Pada 27 Sep lalu, seorang bekas naib presiden MCA membidas exco Melaka yang mengugut untuk menarik balik lesen pengilang beras enggan menjual beras tempatan dengan paket dan harga ditetapkan kerajaan.
“Itu membuli dan ugutan,” kata Ti Lian Ker mengulas video tular yang menunjukkan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Dr Akmal Saleh melawat ke kilang beras.
Akmal yang juga ketua Pemuda Umno dilihat memeriksa bekalan beras dan dokumen di kilang terbabit. Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu yang didakwa mengikut undang-undang.
Sementara itu, Mohamad berkata Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berisiko mengalami kerugian dan hilang kemampuan berkongsi 30% keuntungan bersih dengan pesawah tanpa pelarasan harga beras import daripada RM2,350 kepada RM3,200 per tan metrik.
“Bagaimanapun harga jualan beras putih import akan diselaraskan oleh Bernas dari semasa ke semasa tertakluk kepada harga pasaran beras global dan kadar nilai tukaran mata wang,” katanya di Dewan Rakyat.
Pada 1 Sept lalu, Bernas mengumumkan kenaikan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Susulan kenaikan harga beras import itu, permintaan terhadap beras tempatan turut meningkat menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran. FMT
Jangan serbu kilang beras sendirian – Mat Sabu
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.