Fakta menarik Dayang Anisha, untungnya Putera Mateen
Fakta menarik Dayang Anisha, untungnya Putera Mateen
TIDAK lama lagi putera kesayangan ramai, Sultan Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam.
Berita itu ternyata disambut baik oleh seluruh rakyat dan juga netizen yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada pasangan diraja ini.
Memiliki paras tampan dan tubuh sasa, sudah pasti anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz ini menjadi perhatian ramai.
Terutamanya tentang siapa gerangan yang bakal menjadi surihati Putera idaman ramai wanita ini.
Jadi dikongsikan serba sedikit trivia mengenai wanita cantik bernama Dayang Anisha Rosnah Adam.
1. Pengantin perempuan merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim.
2. Datuknya juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.
3. Pada November 1974 hingga Januari 1984, Datuk Anisha juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang diasaskannya.
4. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya abang kandung Anisha yang dikenali dengan nama Danial Deen Isa Kalebic, merupakan sahabat rapat Mateen.
5. Anisha juga adalah graduan universiti popular di England dan memiliki perniagaan fesyennya yang tersendiri di beri nama Slik Collective.
6. Pemilik wajah cantik ini juga dikatakan memiliki perniagaan bersama rakan baiknya yang diberi nama Aunthentirary yang merupakan perniagaan sektor pelancongan.
7. Tidak hanya memiliki wajah yang cantik, Anisha juga suka memasak. Malah wanita anggun ini juga memiliki akaun Instagram yang didedikasikan khas untuk hobi memasaknya.
Kali terakhir Anisha memuat naik video adalah tentang cara membuat kek pandan. Ehem.. Mateen pun like tau video tu.
8. Sama seperti bakal suaminya, Anisha juga seorang yang suka bersenam. Patutlah cantik sentiasa Anisha ini kan. Memang nampak secocok sangat dengan Mateen.
Untuk info, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari tahun depan. Gempak
Fakta menarik Dayang Anisha, untungnya Putera Mateen
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]