Kempen 3R PN di Pelangai terbukti gagal

Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mengaitkan kemenangan Amizar Abu Adam hasil kerja yang dilakukan oleh dua Adun Pelangai sebelum ini, Johari Harun dan Adnan Yaakob.

Selain itu, katanya pengundi PH juga menyumbang kemenangan calon BN di kerusi itu.

“Pengundi mahu kita meneruskan apa yang telah dilakukan oleh Adun sebelum ini,” jelas menteri besar Pahang itu.



Wan Rosdy berkata faktor-faktor ini mengatasi serangan “3R” (kaum, agama dan raja-raja) yang dilancarkan PN.

“Kita berkempen berdasarkan dasar, bukan fitnah.

“Saya percaya pengundi Pelangai (menghargai ini).

“Insya Allah momentum ini akan dipertingkatkan, rakyat sedar,” katanya lagi.



Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Amizar dan Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail atas kejayaan di Pelangai.

“Ini adalah petanda bahawa tiada gelombang hijau di Pahang.

“Yang ada ialah gelombang biru dan gelombang merah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, antara wakil rakyat PH yang aktif berkempen, mengucapkan terima kasih kepada aktivis PN dan BN atas usaha mereka.



“Kini, tiba masa untuk kita bekerja,” tulisnya di Facebook.

BN mengekalkan kawasan DUN Pelangai dengan 62 peratus bahagian undi.

Calon BN Amizar menang pilihan raya kecil ini dengan meraih 7,324 undi menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasni 47 undi.

Dengan ini, Haslihelmy hilang wang deposit.



Amizar menang dengan memperoleh majoriti 2,949 undi.

Untuk rekod, Allahyarham Johari Harun menang DUN Pelangai dengan meraih sebanyak 57.7 peratus undi pada pilihan raya 2022.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker