Saifuddin dakwa tindakan geledah pejabat peguam Muhyiddin satu bentuk intimidasi

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat peguam Rosli Dahlan dan Chetan Jetawani adalah satu bentuk intimidasi, gangguan dan salah guna kuasa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, peguam adalah pegawai mahkamah yang dilindungi oleh undang-undang dan tugas mereka adalah untuk membantu mahkamah menegakkan keadilan

Menurutnya, penggeledahan pejabat dan soal siasat ke atas mereka adalah rentetan daripada tindakan salah laku keadilan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menggunakan SPRM sebagai perkakas salah guna kuasa.

“Penyalahgunaan kuasa secara rakus ke atas peguam menjalankan tugas bagi membela anak guam dan menegakkan keadilan adalah satu lagi titik hitam dalam sejarah sistem keadilan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat

Sebelum itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, namun kedua-dua mereka mewakili Muhyiddin sebagai peguam bela bagi menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan AMLA.

“Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan melepas dan membebaskan Muhyiddin atas pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan menyifatkan pendakwaan keatas Muhyiddin sebagai cacat, salah guna proses mahkamah dan salah laku keadilan.

“Pasukan peguam Muhyiddin juga telah memfailkan permohonan di mahkamah untuk membatalkan pertuduhan di bawah AMLA,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker