GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Kemunculan Elly benar-benar berbeza apabila tampil sopan tanpa karakter ‘tergedik-gedik’ seperti kelazimannya

Seperti yang dijanjikan, pengacara All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10), Elly Mazlein benar-benar berbeza apabila tampil sopan tanpa karakter ‘tergedik-gedik’ seperti kelazimannya.

Hadir dengan gaun hitam putih, dalam nada penuh kesantunan pengacara yang selama ini mesra dibahasakan Kak Lina Pom Pom, memperkenalkan nama baharu dan hanya ingin dikenali sebagai Elly M.

“Assalamualaikum semua. Hari ini boleh panggil saya Elly M. Kalau tidak mahu, panggil Elly Mazlein pun boleh.

“Saya akan cuba ikut cakap netizen,” ujarnya.

Pengacara bersama GV10, Nabil Ahmad dan Jihan Muse bagaimanapun masih mengekalkan karakter selamba mereka dengan lawak jenaka spontan.

Bagaimanapun, ‘kelahiran semula’ Elly dilihat seakan-akan sengaja dibuat-dibuat sehingga membuatkan penonton yang memenuhi dewan menjerit nama ‘Kepom’ (singkatan nama Kak Lina Pom Pom) supaya kembali dengan imejnya sebelum ini.

Minggu lalu, Elly teruk dikecam netizen yang rimas dengan perwatakannya yang terlalu aktif ketika mengacara selain dikatakan semakin gedik.

Susulan kecaman ramai, Elly menerusi satu hantaran dalam Instagram memberitahu, tidak mahu lagi ‘mengacarakan’ program tersebut untuk minggu-minggu berikutnya.

Mengakui silap sendiri, Elly harus berubah demi menjaga hati ramai pihak.

“Selepas saya membaca kesemuanya, sudah tiba waktunya saya tidak perlu ada di pentas GV demi menjaga hati kalian dan semua pihak.

“Saya meletakkan kesemua kesalahan pada diri sendiri. Niat saya untuk menghiburkan tapi lain pula jadinya. Buat semua orang tak berminat nak tengok GV pula. Sekali lagi saya meletakkan kesalahan pada diri sendiri,” coretnya.

Katanya, dia hanya mencari rezeki di pentas GV yang merupakan program hiburan kegemaran ramai rakyat Malaysia.

“Demi kebaikan semua pihak, saya tidak akan muncul lagi di GV. Minta maaf segala kekhilafan ya. Saya tak bermaksud apa-apa. Memang nak menghiburkan sahaja.

“Jaga diri ya semua. Terima kasih di atas segala kemanisan yang saya rasa sebelum ini. Terima kasih banyak-banyak,” katanya lagi.

 

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker