Kerajaan akui keresahan rakyat, kenaikan harga barang akan di tangani – Anwar
Kerajaan akui keresahan rakyat, kenaikan harga barang akan di tangani – Anwar
Kerajaan akui wujud keresahan mendesak berkaitan kenaikan harga barangan yang memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Kewangan (MOF) sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangi kesan kenaikannya.
“Saya sudah minta (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk) Armizan (Mohd Ali) dan (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup) Fuziah (Salleh) beri perhatian.
“Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berjalan. Memang ada masalah. Saya akui masalah harga barang dan keperluan.
“Negara sudah ada keresahan sosial yang besar kerana sekatan beras dan peningkatan cukai eksport, bawang umpamanya. Itu semua beri kesan ekonomi dan kita cuba tangani. MOF sedia tampung, beri bantuan akan diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar. BH
Kerajaan akui keresahan rakyat, kenaikan harga barang akan di tangani – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’
You must be logged in to post a comment.