Timbalan Ketua Polis Thai dirakam berkaraoke dengan pemilik judi online

Polis Siber menyerbu kediaman Surachate (baju putih) berhubung kes perjudian dalam talian. – Nation

Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand (RTP), Surachate Hakparn atau lebih dikenali sebagai Big Joke mengundang kritikan ramai selepas dirakam berkaraoke bersama seorang pengendali laman web perjudian online di sebuah parti, lapor laman berita Thaiger semalam.

Video dirakam seorang peguam terkenal di Thailand itu mencetuskan rasa curiga orang awam terhadap Surachate yang menghadapi siasatan melibatkan perjudian dalam talian.

Pengendali laman web perjudian berkenaan, Suchanan bersama bekas presiden Kelab Bola Sepak Lamphun Warrior, Pongsiri Ratchawongsuek sebelum ini ditahan berkaitan kegiatan haram tersebut.

Susulan penahanan mereka, polis telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati lapan pegawai polis terlibat dalam perniagaan haram itu.



Kesemua lapan anggota polis itu dilaporkan bekerjasama rapat dengan Surachate. Hasil siasatan membawa kepada penggeledahan kediaman Surachate dan empat lagi rumah berdekatan milik orang bawahannya.

Ketika kejadian, Suratchate tidak membenarkan pegawai memasuki kediamannya, namun beliau kemudian membenarkan Polis Siber menjalankan siasatan. Tiada barang haram atau mencurigakan ditemui di kediaman itu.

Sehingga kini, Surachate dilaporkan kekal tidak bersalah, namun siasatan masih dijalankan.

Dalam pada itu, Surachate mengakui beliau menghadiri parti seperti dipaparkan dalam video tersebut, namun mendakwa ia dianjurkan untuk pasukannya.



Dia mendakwa membenarkan orang bawahannya menjemput rakan dan ahli keluarga mereka, namun menurutnya, seseorang mungkin menjemput Suchanan ke parti itu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker