1,500 bungkus Mee Mamu percuma sempena Maulidur Rasul [VIDEO]
Restoran Mee Mamu meneruskan tradisi setiap tahun dengan menyediakan 1,500 bungkusan mi berkenaan secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan Maulidur Rasul, hari ini.
Ini melibatkan dua cawangannya iaitu di Seksyen 2 di sini dengan 1,000 bungkusan dan Kuala Lumpur (500).
Pemilik perniagaan itu, Nur Hafizah Mohd. Habeebullah berkata, program tahunan itu dilakukan sebagai berkongsi rezeki dan memperingati maulidur rasul.
Katanya, setiap pelanggan diberikan dua bungkusan bagi memastikan mampu dirasai lebih ramai orang.
“Sebelum ini kami ada tiga cawangan namun kini tinggal dua iaitu di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Namun, kami tetap teruskan tradisi tahunan ini.
“Kita percaya rezeki akan bertambah selagi kita berkongsi dengan orang ramai. Ini ada cara kami mensyukuri nikmat daripadaNYA,” katanya ketika ditemui hari ini.
Jelasnya, program itu bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang bergantung kepada bungkusan yang ada. – KOSMO! ONLINE
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’