“Saya pernah sangat miskin – The Rock

“Saya pernah sangat miskin – The Rock

MENJADI popular mungkin impian banyak orang dan salah satu cara menggapai impian tersebut adalah dengan bergelar selebriti.

Itulah yang dilakukan oleh bintang Hollywood, Dwyne Johnson apabila berjaya mencapai populariti selepas bertahun lamanya bergelumang dalam bidang seni.



Malah Johnson mengaku menjadi popular tidak mempunyai sebarang kelemahan dan itulah yang idamkan selama ini.

“Pada saya tidak ada kelemahan apabila menjadi popular,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, lapor People.

Bintang berusia 51 tahun tersebut berkata demikian selepas ditanya seorang seorang peminat mengenai kelebihan dan kelemahan menjadi popular.

Aktor The Fast X itu kemudian menjelaskan pengalaman hidup susah membuat dia sangat menghargai kehidupannya sekarang.



“Saya mungkin seorang yang bertuah kerana dapat mengecap populariti dalam satu tempoh yang panjang. Dan kerana itu saya katakan tidak melihat ada kelemahan menjadi popular.

“Saya masih ingat dulu kehidupan sangat susah sehingga tidak mampu membayar sewa rumah. Saya hampir diusir. Saya sangat miskin dan akan berusaha untuk mendapat kehidupan yang baik,” katanya. Gempak

“Saya pernah sangat miskin – The Rock

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker