Rombakan Kabinet: Pemimpin Pusat dan negeri bertukar tempat
Rombakan kabinet yang akan datang bakal menyaksikan pemimpin dari peringkat negeri dinaikkan ke jawatan persekutuan, kata satu sumber di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sehubungan itu, menurut sumber kerajaan yang tidak mahu mendedahkan identitinya, rombakan berkenaan hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober ini.
“Ini untuk memudahkan membawa masuk pemimpin dari negeri ke pusat.
“Sekurang-kurangnya seorang menteri besar diramal akan diangkat ke kerajaan persekutuan,”
Dia bagaimanapun enggan menghurai lanjut dan atau menyebut tentang pemimpin negeri bekenaan.
Pelangai terletak di Pahang yang kerajaan negeri itu diterajui oleh Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail yang juga adalah naib presiden Umno. Dia adalah juga Adun Jelai dan bukan seorang ahli parlimen.
Sumber itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengumumkan jemaah menteri yang baru pada hari ini.
Dia bagaimanapun, menafikan bahawa perdana menteri akan mengumumkan rombakan selepas mesyuarat jemaah menteri yang dijadualkan hari ini.
“Belum (bukan hari ini). PM masih teliti beberapa pilihan.
“Kemungkinan besar rombakan kabinet akan dibuat selepas PRK Pelangai.
“(Rombakan kabinet) bergantung berapa cepat beliau (perdana menteri) boleh muktamadkan,” kata sumber itu lagi.
Sebelum ini, terdapat spekulasi yang bertiup bahawa Anwar akan membuat rombakan kabinet dalam masa terdekat dengan beberapa menteri diramalkan akan digugurkan dalam jemaah menteri yang baru itu.
“Apa yang pasti, rombakan kabinet baru ini untuk memperkukuhkan lagi kerajaan perpaduan,” katanya.
Pada 22 September lalu, Anwar bersedia membuat rombakan kabinet secara besar-besaran dalam masa terdekat.
Sumber kerajaan berkata Anwar akan melakukan rombakan kabinet, KSU, anggota birokrasi, kakitangan awam, dan bahkan ke atas pejabat sendiri.
Isnin lalu, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan beberapa pusingan kerja dan pelantikan baru dalam pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Ini melibatkan pemindahan empat Ketua Setiausaha (KSU) kementerian ke penempatan baru dan satu lantikan baru KSU.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tomok, Naqiu berseteru dalam GV10?
- Bercakap dengan firaun pun Allah suruh guna perkataan baik
- Sanusi pembohong nombor satu negara
- Rakyat Indonesia nobatkan Anwar ‘Sukarno Besar’ di pentas UNGA
- Liza Hanim buka mulut kerana tak tahan lagi
- Sedih, mencarut dah jadi budaya baru PAS
- Gandingan Nabil, Jihan, Elly dipertikai
- ND Lala bukan buang saya saja, anak-anak juga – Fauziah
- Berumah dalam kereta kerana berhutang RM1 juta
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- PN hilang Kemaman: Mahkamah benarkan petisyen pilihan raya BN
- Kedudukan 4 Presiden parti, PAS, Amanah, MCA dan Bersatu
- Jawab di akhirat nanti – Ubai
- 5 KSU bertukar sebalik ura-ura rombakan Kabinet
- Next pandemic disease X is deadliest than Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil
You must be logged in to post a comment.