Ayob Khan cadang guna SOSMA secara meluas untuk banteras jenayah

CYBERJAYA: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) perlu digunakan secara meluas, bagi membanteras kegiatan jenayah berkaitan sindiket di negara ini secara menyeluruh, kata Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.

Berkongsi perkara itu ketika menjadi panel Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023, beliau berkata keberkesanan Sosma dapat dilihat, antaranya untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua polis Johor.

“Ketika itu, penggunaan Sosma dilihat berkesan dalam memerangi sindiket ini, dengan tangkapan bukan sahaja melibatkan tekong, tetapi juga anggota dan pegawai pihak berkuasa terbabit sindiket berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ayob berpendapat undang-undang sedia ada berkaitan penyeludupan rokok dan arak, kurang berkesan bagi membanteras kegiatan berkenaan

“Seperti di Johor sebelum ini, pihak kita telah melakukan 10 kali tangkapan membabitkan individu sama berkaitan kes sama. Jenayah melibatkan sindiket ini perlu menggunakan Sosma, baru boleh tangkap dan melumpuhkan kegiatan jenayah berkenaan,” katanya.

Sosma memperuntukkan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan terhadap negara, untuk mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam.

Ia pertama kali dicadangkan pada 2012, sebagai pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini dimansuhkan, yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Pada Ogos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh dalam sidang Dewan Rakyat berkata usaha meneliti penambahbaikan Sosma hampir selesai.

Dalam perkembangan lain, Ayob menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam soal integriti membabitkan anggota penguatkuasaan, serta mendedahkan pernah menangkap seorang ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), yang bersekongkol dengan sindiket dadah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker