Pandu lawan arus kerana tiada lesen
PORT DICKSON – Gara-gara takut dikenakan tindakan kerana memandu tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh, seorang lelaki bertindak memandu secara melawan arus sebelum berjaya ditahan di tepi jalan Taman Sentosa, Lukut di sini pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, polis telah mengarahkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu suspek berusia 25 tahun itu untuk berhenti selepas dilihat mencurigakan di Kilometer 15 Jalan Seremban-Port Dickson.
“Unit Peronda Lebuhraya Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Bukit Aman yang membuat penugasan Op Selamat telah mengarahkan suspek berhenti bagi tujuan pemeriksaan kerana semakan melalui sistem M-Cops mendapati cukai jalan kenderaan dipandu tamat tempoh.
“Namun suspek enggan memberi kerjasama dan melarikan diri menghala susur keluar ke Lukut dengan memandu secara melawan arus sebelum berjaya ditahan di tepi jalan Taman Sentosa, Lukut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek yang membawa isteri dan tiga anak dari Kedah mengaku melarikan diri kerana kerana tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.
Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai lapan rekod kes jenayah lampau.
“Polis telah mengeluarkan saman atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen memandu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.
Pandu lawan arus kerana tiada lesen
Baca Artikel Menarik:
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
You must be logged in to post a comment.