Nama saya Pelangai

Nama saya Pelangai, pengundi DUN Pelangai

BENTONG: “Dulu masa kecil saya malu kenapa nama saya ada nama kampung. Bila dah besar, jujur saya cakap, saya bangga,” demikian menurut seorang pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang mempunyai nama sama dengan kawasan itu.

Muhamad Anilzan Pelangai Ramli, 38, berasal dari Kampung Jawi-jawi, Simpang Pelangai di sini berkata, nama tersebut diberikan oleh ayahnya dan hanya dia seorang daripada sembilan adik beradik mempunyai nama Pelangai.



“Mungkin kerana saya seorang yang membesar dengan nenek di Pelangai ni, jadi ayah namakan saya sempena nama tempat ini.

“Masa kecil memang terasalah (malu). Tapi kawan-kawan tidak ada yang mengejek-ejek,” katanya.

Anak keempat yang merupakan ahli perniagaan itu bagaimanapun berkata, dia lebih mesra dengan panggilan nama Ijan dan tidak dipanggil sebagai Pelangai.

Namun katanya, keunikan nama yang dibanggakan itu menjadi semangat buatnya untuk dijadikan sebagai identiti dikenali satu hari nanti.



“Bila dah besar, saya nak jadikan nama ini semangat. Saya nak satu masa nanti dapat bantu kampung ini semula.

“Mana tahu rezeki dapat gelaran Datuk, saya nak dikenali sebagai ‘Datuk Pelangai’,” katanya yang turut bergiat aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan. Sinar

Nama saya Pelangai, pengundi DUN Pelangai

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker