Amizar tekad tingkat taraf kehidupan belia Felda

Amizar tekad tingkat taraf kehidupan belia Felda

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam, bertekad untuk meningkatkan meningkatkan taraf kehidupan golongan belia Felda di kawasan tersebut dalam pelbagai aspek.

Beliau akan memberi tumpuan dalam ekonomi dan modal insan kepada golongan itu sekiranya di beri mendat menjadi wakil rakyat Pelangai pada 7 Oktober ini.



“Memang hasrat saya dan bersama Kami Anak Felda (KAF), Majlis Belia Felda ingin membantu generasi anak Felda dengan mensasarkan anak muda belia mendapat tempat di kampung sendiri.

“Hampir 40 peratus generasi kedua dan golongan muda dari masyarakat Felda. Apa yang saya nak panjangkan yang ini ingin saya perjuangkan untuk generasi anak Felda,” katanya

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas bersarapan pagi bersama penduduk tempatan dan melawat Tabika Kemas Felda Chemomoi, dekat sini, hari ini.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.



Menurut Amizar, sebagai anak peneroka tempatan, beliau berhasrat untuk memajukan kawasan Pelangai setara dengan tempat lain.

Sementara itu, beliau memberitahu, Tabika Felda Chemomoi merupakan sekolah pertamanya.

“Sejak zaman dulu lagi makan minum percuma di sini, tempat saya membesar,” ujarnya. MG

Amizar tekad tingkat taraf kehidupan belia Felda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker