Dakwaan rogol libat Ebit Lew, beberapa individu lagi dipanggil

Dakwaan rogol libat Ebit Lew, beberapa individu lagi dipanggil

Polis akan memanggil beberapa lagi individu sebelum melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rogol membabitkan pendakwah Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, berkata setakat ini pihaknya merakam keterangan 13 individu dan masih ada beberapa saksi untuk dipanggil.



“Lengkap sahaja kertas siasatan, kita akan serahkan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan Ebit turut disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Beliau dilaporkan berkata, lima hari sebelum Ebit membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol.

“Setakat ini polis memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua laporan kes tersebut.



“Sebaik tiba di Malaysia, Ebit membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya yang dikeluarkan menerusi sebuah ‘podcast’ khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview,” katanya.

Katanya, kes masih dalam siasatan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Media pada Selasa lalu melaporkan polis merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan dibuat Ebit.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Mohd Fairus Jaafar, dilaporkan berkata rakaman percakapan tersebut diambil di IPK Selangor bagi siasatan lanjut. FMT



Dakwaan rogol libat Ebit Lew, beberapa individu lagi dipanggil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker