Cemas! Pintu tiba-tiba terbuka ketika tren bergerak laju

Satu klip video memaparkan tren Skytrain BTS Bangkok yang bergerak laju dalam keadaan sebuah pintunya terbuka luas mengejutkan netizen, lapor portal berita Thaiger semalam.

Seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @star111042 berkongsi video itu dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berdiri atau bersandar pada pintu kereta api BTS  baru-baru ini.

Video itu memaparkan seorang pekerja  kemudian memberitahu pengendali tren bahawa pintu itu terbuka semasa pengangkutan awam tersebut sedang bergerak sehingga tiba di Stesen Punnavithi.



Rakaman berakhir  dengan pemberitahuan dalam bahasa Thailand dan Inggeris menyatakan bahawa pintu itu tidak berfungsi, lapor laman berita Sanook.

Video itu mencetuskan pelbagai komen netizen antaranya ialah : “Jika tren itu penuh sesak dan pintu tidak tertutup, ia boleh menjadi malapetaka.”

“Mereka memberitahu kami untuk tidak berdiri atau bersandar pada pintu. Apa sahaja boleh berlaku,” kata seorang lagi netizen. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker