Mansuhkan pencen Ahli Parlimen

Bayangkan 5 tahun saja jadi MP, dapat pencen seumur hidup, adilkah?

Mansuhkan pencen Ahli Parlimen

Bekas penasihat ekonomi perdana menteri, Muhammed Abdul Khalid, berpendapat semua menteri dah ahli parlimen patut ‘diajar’ untuk merasai kesempitan hidup seperti dilalui orang orang kebanyakan dengan membatalkan pencen mereka.

Untuk itu dia mencadangkan menteri dan ahli parlimen dimasukkan ke skim carumah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti orang lain.



Kata Muhammed juga kerajaan melakukan “kesilapan terbesar sejak negara ini merdeka” apabila membenarkan wang carumah dalam KWSP dikeluarkan beberapa tahun lalu.

Langkah itu, katanya, menyebabkan ramai orang mengalami kesukaran hidup.

“Pengeluaran KWSP adalah kesilapan terbesar negara ini sejak merdeka.

“Bekas menteri kewangan yang kini menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, patut dihukum atas keputusan bodoh (membenarkan pengeluaran KWSP) ini yang menyebabkan ramai orang menjadi miskin.



“Satu resolusi yang anda patut letak dalam memorandum anda ialah: tiada lagi pencen untuk ahli parlimen atau menteri. (Sekarang) mereka berkhidmat empat hingga lima tahun dan mereka mendapat pencen seumur hidup.

“Setiap seorang daripada mereka sepatutnya berada (dalam skim) KWSP supaya mereka dapat merasai kesempitan yang kita alami,” katanya.

Muhammed yang juga bekas ketua sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan selepas PRU 2018 berkata demikian pada forum bertemakan ekonomi di majlis sambutan Ulang Tahun Ke-100 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur hari ini.

Turut menjadi pembicara ialah bekas Penolong Setiausaha Agung PBB Bagi Pembangunan Ekonomi, Jomo K Sundram dan pakar ekonomi serta tokoh akademik, Edmund Terence Gomez.



Usah hukum ‘Mak Cik Kiah’

Muhammed berkata, pengeluaran KWSP semasa wabak Covid-19 melanda hanya memburukkan lagi jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin di negara ini.

Bekas pengarah Institut Penyelidikan Khazanah yang kini menjadi felo penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, kebanyakan pencarum yang mengeluarkan KWSP semasa pandemik adalah mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan B40.

Pengeluaran tersebut, tambah Muhammed, menyebabkan simpanan mereka merosot sebanyak 70 peratus.



“Kini satu daripada dua rakyat Malaysia yang bakal bersara hanya mempunyai kira-kira RM10,000 dalam dana persaraan, bermakna mereka perlu menyara hidup dengan RM200 sebulan,” katanya.

Muhammed juga menggesa agar jaringan perlindungan sosial yang lebih baik dan holistik diwujudkan di Malaysia kerana ketika ini hanya 60 peratus pekerja Malaysia merupakan pencarum kepada KWSP berbanding 99 peratus penduduk Singapura yang bekerja dilindungi.

“Jika anda berada dalam sektor tidak formal (di Malaysia), ia tidak wajib (mencarum kepada KWSP)… kerajaan menggalakkannya. Ini adalah salah.

“Setiap pekerja – tidak kira formal atau tidak formal – ‘Mak Cik Kiah’ atau anda, atau pemilik perniagaan, mesti menyumbang (kepada KWSP). Ia adalah perlindungan sosial yang sangat penting,” katanya.



Muhammed juga berpendapat tiada ada faedah jika ahli politik berhujah mengenai pentadbiran mana yang paling berjaya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana kadar kemiskinan di Malaysia meningkat seiring dengan KDNK.

Katanya jumlah rakyat Malaysia yang terdedah kepada kemiskinan juga sangat tinggi.

“Orang miskin terus meningkat di Malaysia. Tetapi jika anda ingin menjadi negara berpendapatan tinggi… kita harus mengukur kemiskinan berdasarkan (piawaian) pendapatan tinggi.

“Negara berpendapatan tinggi melihat separuh daripada pendapatan median (sebagai garis kemiskinan).



“Sekarang di Malaysia, jika anda berpendapatan bawah RM2,600, anda dikira miskin. Separuh daripada pendapatan median ialah RM3,200. Perbezaan RM600.

“Jika anda menggunakan cutoff itu, peratusan rakyat miskin di Malaysia akan meningkat daripada 6.2 peratus kepada 16 peratus. Daripada dua juta (orang) kepada lima juta… meningkatkan (cutoff) hanya sebanyak RM600.

“Itu menunjukkan betapa rentannya rakyat Malaysia terdedah (kepada kemiskinan). Dalam kata lain, jika kereta anda mengalami kemalangan atau anda perlu menukar tayar, anda habislah (kekurangan belanja),” katanya.

Justeru kata Muhammed satu cara untuk membetulkan keadaan itu ialah dengan merombak sistem cukai “regresif” di Malaysia.

Ketika ini katanya golongan yang kaya cenderung untuk kurang membayar lebih atau bahkan mengelaknya.

Sebagai contoh dia memberikan insentif sifar cukai yang diberikan kerajaan kepada individu yang membeli kenderaan elektrik ketika kenderaan itu leboh menarik minat golongan berpendapatan tinggi.

“Jika anda adalah ‘Mak Cik Kiah’ dan anda membeli Myvi, anda perlu membayar cukai,” katanya.

Sementara itu Muhammed berkata tidak ada masalah jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikembalikan asalkan cukai lain yang “adil” turut dilaksanakan.

“Anda tidak boleh menghukum Mak Cik Kiah,” katanya. Mk

Mansuhkan pencen Ahli Parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker