DTNN 2030 pacu guna teknologi nuklear secara aman di Malaysia

DTNN 2030 pacu guna teknologi nuklear secara aman di Malaysia

Pelaksanaan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030) membolehkan negara memaksimumkan manfaat penggunaan teknologi nuklear secara aman untuk pembangunan sosioekonomi, sekali gus meletakkan negara setanding dengan negara maju.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang, berkata kementerian berharap DTNN 2030 boleh membantu mencapai hasrat negara meningkatkan 40 peratus penggunaan teknologi nuklear dalam bidang khusus sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) menjelang 2030.



Setakat ini, katanya, sebanyak 20 peratus teknologi itu sudah dipraktikkan dan ia juga menjadi satu dasar bagi mengarusperdanakan penggunaan teknologi ini di Malaysia.

Katanya, bagi tujuan ini, DTNN 2030 menetapkan empat Teras Strategik, 18 Strategi dan 13 sasaran utama membabitkan pihak berkepentingan dalam pelbagai sektor ekonomi yang dikenal pasti bagi mencapai visi dan hala tuju ekosistem teknologi nuklear negara.

“Teknologi nuklear telah digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor ekonomi utama di Malaysia dan dijangka semakin meningkat pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr Aminuddin Hassim.



DTNN 2030 mengenal pasti enam sektor fokus utama sebagai sektor yang boleh dipertingkatkan keupayaannya melalui penggunaan teknologi nuklear iaitu perubatan dan penjagaan kesihatan, makanan dan pertanian, pembuatan peranti dan peralatan, pengurusan alam sekitar dan sumber asli, aplikasi perindustrian dan keselamatan dan sekuriti nuklear.

Lih Kang berkata, strategi dan inisiatif yang digariskan dalam dasar ini memberi penekanan untuk mewujudkan ekosistem teknologi nuklear negara yang mampan serta membentuk asas yang kukuh dalam mengarusperdanakan teknologi nuklear secara aman di Malaysia.

Katanya, bagi mempergiatkan ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi, kerajaan memperuntukkan tambahan RM100 juta dengan tumpuan kepada keperluan industri, tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan serta aktiviti pertumbuhan baharu.

DTNN 2030 pacu guna teknologi nuklear secara aman di Malaysia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)



La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf



Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker