Philomena juarai sukan bina badan selepas kegagalan
Philomena juarai sukan bina badan selepas kegagalan
Philomena Dexcyln Siar, anak Sarawak pertama memenangi kejuaraan bina badan Asia, berdepan dengan pelbagai kepayahan sepanjang kerjayanya.
Menjadi mangsa seksisme kerana sukan pilihannya, pemenang pingat emas Asia itu berkata, pada mulanya beliau merahsiakan aspirasi sukannya kerana mendapat tentangan daripada rakan dan keluarga.
“Apabila saya beritahu ibu saya mula pergi ke gim, beliau tanya: Kenapa kamu buat begitu? Nak jadi lelaki?,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
“Ini tanggapan ramai orang apabila saya beritahu mereka saya terlibat dalam sukan yang didominasi lelaki. Tak tipu, saya rasa sangat sunyi dalam perjalanan (kerjaya) ini. Ia diiringi kesakitan.”
Philomena berkata, beliau mula berasa terasing daripada rakan dan keluarga selepas menukar diet dan rutin hariannya.
Bagaimanapun, lama-kelamaan mereka mula menyokongnya dalam perjuangannya untuk mencapai matlamat.
“Saya banyak korban masa dan tenaga, malah dari segi mental dan emosi. Saya belanja banyak untuk diet saya, dan pertandingan pun bukannya murah. Banyak perlu dikorbankan untuk berjaya sebagai atlet,” katanya.
Bermula agak lewat pada usia 33 tahun, Philomena menunjukkan daya tahan yang tinggi walaupun pada penampilan sulungnya dalam pertandingan pada 2018, beliau menduduki tempat terakhir.
Bagaimanapun, perubahan dalam pelan dietnya dan analisis kekuatan dan kelemahannya bawah asuhan jurulatih Malvern Abdullah membawa perbezaan.
Empat bulan kemudian, Philomena menduduki tempat keenam daripada 13 peserta di Kejohanan Asia Tenggara, yang menaikkan semangatnya.
Awal bulan ini, pada usia 40 tahun, beliau muncul sebagai pemenang pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia ke-55 di Nepal.
Berdiri di podium untuk menerima pingat emas idamannya, Philomena berkata, beliau sedar sukan tidak boleh diketepikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan negara.
“Kita datang daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama, tetapi apabila kita berdiri di sana (luar negara), mewakili negara di peringkat antarabangsa, kita tidak fikir perkara itu. Kita rakyat Malaysia,” katanya.
Philomena berkata, kekuatan mentalnya banyak membantunya mengatasi pelbagai halangan dan kesukaran.
“Jangan sekali-kali pandang rendah kekuatan minda dan keadaan mental anda, kerana itulah yang akan menentukan kejayaan anda sebagai atlet,” katanya.
Philomena juga berkata, beliau mendapat motivasi daripada pelbagai kegagalan dialaminya.
“Kejayaan bukan diukur dengan betapa teruknya seseorang itu jatuh, tetapi bagaimana mereka bangkit daripada kegagalan,” katanya. FMT
Philomena juarai sukan bina badan selepas kegagalan
Baca Artikel Menarik:
- Pelajar kolej cabul junior dalam tandas, asrama didakwa
- JKM tolonglah saya – Zaiton Sameon
- Che Ta jawab dakwaan Rosyam
- Zarina, Khazrul sama gila
- Kenapa tak pisah kuasa AG, pendakwaan ketika berkuasa – Azalina
- Fitnah jahat, Ebit Lew lapor polis
- Mahathir PM11?
- Demo ‘talian hayat’ PN untuk tarik simpati rakyat
- Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang
- Anggota JPJ tertonggeng dirempuh penunggang motosikal disenarai hitam [VIDEO]
- Jadi penasihat Menteri Besar PAS, Mahathir jilat ludah sendiri
- Berang digelar dukun palsu, pengamal paranormal bunuh suami isteri
- Fasha tak hairan, ramai ‘follow’ dari ‘unfollow’
- Dia tutup langsir, tarik kain jubah – Mondy
- Diva AA dakwa disihir artis pakai bulu mata lebat dan ada anak sundal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]