Polis siasat video buli murid sekolah

Polis siasat video buli murid sekolah

Polis menyiasat satu kejadian buli yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Kuala Krai, Kelantan selepas video kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Krai Suzaimi Mohamad berkata, polis turut menerima satu laporan daripada bapa murid yang menjadi mangsa buli itu semalam, lapor Harian Metro.



Katanya, hasil siasat awal kejadian itu berlaku pada 14 September lalu dan mangsa dilaporkan dipukul dua murid lain ketika berada di luar bilik darjah.

“Dua murid yang memukul mangsa dikenal pasti pelajar berusia 11 tahun yang juga belajar di sekolah yang sama.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesan lebam pada badan,” katanya.

Katanya, semua murid terbabit akan dipanggil ke IPD Kuala Krai untuk dirakam keterangan untuk siasatan lanjut.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan akan dilakukan merangkumi semua aspek.

“Dalam masa sama, kejadian ini juga sudah dimaklumkan kepada pihak sekolah dan tindakan sudah diambil,” katanya.

Terdahulu, satu video memaparkan dua murid lelaki membuli rakan mereka di belakang bangunan sebuah sekolah tular di Facebook dan Twitter hingga mencetuskan kemarahan warganet. FMT

Polis siasat video buli murid sekolah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker