Pegawai pihak berkuasa tempatan ditangkap berkhalwat dengan isteri orang

Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan dihukum membersihkan kawasan kampung selepas ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang, lapor laman berita Satu Juang hari ini.

Menurut Ketua Adat Kampung Kandang Mas, wilayah Bengkulu, hukuman itu dikenakan mengikut peraturan masyarakat setempat. Sekiranya muncul isu berbangkit, ia tidak lagi menjadi urusan adat dan masyarakat setempat.

“Saya berharap agar penduduk sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menerima tetamu yang bukan mahram,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Kandang Mas, Feri Hariadi berkata, sekiranya suami wanita berkenaan berasa tidak berpuas hati dengan hukuman itu, perkara tersebut boleh dibawa kepada  pihak polis.

“Pegawai yang terlibat dalam kes tersebut menyatakan bahawa dia bersedia menerima sebarang risiko di luar penyelesaian secara adat hari ini,” ujar Feri.

Dalam kejadian kelmarin, pegawai Balai Konservasi Sumber Daya Alam Bengkulu-Lampung yang hanya dikenali sebagai S ditangkap berdua-duaan oleh suami wanita itu sendiri di rumah mereka.

“Selepas ditangkap, ada berlaku pergelutan antara S dengan si suami sehingga menyebabkan si suami jatuh ke lantai. S kemudian melarikan diri,” kata Feri.

Lelaki itu kemudian dikejar oleh penduduk kampung sebelum mereka berjaya menangkapnya.

“Saya menyedari kesalahan yang tidak boleh dimaafkan ini. Buat semua penduduk terutamanya pihak keluarga, saya memohon maaf,” katanya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker