Dr Afif Bahardin beri peringatan kepada Ayob Khan

KUALA LUMPUR: Dr Afif Bahardin daripada Perikatan Nasional (PN) berkata, Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay tidak seharusnya menghalang ahli politik bersuara mengenai kebimbangan rakyat.

“Jangan halang ahli politik daripada bersuara. Dia kini timbalan KPN, bukan ketua bahagian antikeganasan lagi.

Stay up-to-date by following FMT’s Telegram channel

“Dia sepatutnya melihat kita sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Kami sayangkan negara kami, dan mahu pembaharuan dan hak rakyat dipertahankan.



“Kami bersuara untuk rakyat,” kata Afif selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi.

Adun Taman Medan itu berkata, Ayob juga harus memahami perhimpunan “Selamatkan Malaysia” PN pada Sabtu adalah mengenai kebimbangan rakyat.

Terdahulu, polis merekodkan keterangan daripada 10 individu terlibat dalam perhimpunan 16 Sept lalu.

Ahli politik PN dan NGO berarak dari Masjid Jamek, Kampung Baru, ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan terhadap pembebasan bersyarat Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi atas tuduhan rasuah.



Polis berkata perhimpunan itu “haram”, selepas menolak permohonan PN untuk mengadakan perarakan, mendakwa maklumat diberikan tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan bawah Akta Perhimpunan Aman.

Sementara itu, Tun Faisal Ismail Aziz, penganjur bersama perhimpunan itu, memberitahu pemberita proses mengambil keterangannya berjalan “lancar”.

Katanya, beliau salah seorang daripada 10 individu dipanggil hari ini untuk membantu polis dalam siasatan mereka, sambil menambah tiada sesiapa didakwa setakat ini.

“Buat masa ini, mereka hanya ambil keterangan,” kata pemimpin Bersatu itu.



Tun Faisal berkata, beliau disoal siasat mengenai perhimpunan itu dan laporan polis dibuatnya mengenai Zahid.

Katanya, perhimpunan itu berjalan dengan aman.

“Setahu saya, tidak ada pertembungan antara kami dan polis, atau kerosakan mana-mana harta-benda. Saya rasa ini bermakna semuanya berjalan dengan aman tanpa provokasi atau konflik,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker