Caprice minta Ebit Lew hantar saman segera

Caprice minta Ebit Lew hantar saman segera

Penyanyi rap, Caprice meminta pendakwah bebas, Ebit Lew supaya segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dibuat menerusi podcast bersama Mondy Tatto baru-baru ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, berkata, permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti.



“Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu.

“Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” katanya dalam satu hantaran di Instagramnya tadi.

Selain itu, dalam hantaran sama Caprice juga memaklumkan pihaknya akan memuat naik lagi pendedahan dibuat Mondy pada Jumaat ini.

Di dalam video yang dimuat naik di Instagram Caprice itu, Mondy mendakwa dia tidak pernah belajar mengaji serta solat seperti yang dikatakan oleh Ebit sebelum ini.



Malah menurut Mondy, dia juga tidak pernah bertemu dengan isteri pendakwah terbabit.

“Aku belum pernah bertemu dengan isterinya.

“Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya.

Terdahulu, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan terbabit yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor pagi tadi. K Online



Caprice minta Ebit Lew hantar saman segera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin



Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]



5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker