TikTok, Google, META akan dilesenkan – Fahmi
TikTok, Google, META akan dilesenkan – Fahmi
Platform media sosial utama, Google, META dan TikTok akan didaftar dan dilesenkan bagi memastikan mereka turut memberi pulangan semula kepada industri media negara ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sudah membincangkan perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multinedia Malaysia (MCMC).
Beliau berkata, isu itu perlu diteliti dengan serius berikutan penguasaan platform media sosial itu memberi impak terhadap industri media tempatan.
“Selepas pertemuan MCMC dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan beberapa platform media sosial yang besar seperti TikTok, Google dan META, saya sudah membincangkan beberapa perkara dengan MCMC untuk meneliti keperluan bagi mendaftar dan melesenkan beberapa platform terbabit.
“Antara lain kita melihat ada keperluan mempertimbangkan satu mekanisme untuk ketiga-tiga platform ini dapat menyumbang balik kepada industri media di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Bantuan Kasih@HAWANA kepada kakitangan RTM, Irwan Budi yang menghidap penyakit kronik di kediamannya di Taman Sourabaya Indah, Petra Jaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, keperluan untuk melesenkan tiga platform media sosial itu perlu kerana banyak kandungan yang dihasilkan oleh organisasi media di Malaysia mereka manfaatkan.
“Namun, pulangan kepada organisasi media tempatan amat kurang, jadi kita akan terus meneliti isu itu untuk memastikan ekosistem media Malaysia mampan dan sihat,” katanya.
Selain itu, Fahmi berkata, KKD akan berbincang dengan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) mengenai keperluan untuk memperluaskan jaringan perlindungan keselamatan sosial kepada wartawan sambilan.
“Kini semakin banyak organisasi media menggunakan wartawan sambilan dan kita mahu jika sesuatu berlaku ketika menjalankan tugas, mereka juga akan mendapat perlindungan keselamatan seperti wartawan sepenuh masa.
“Kita akan berjumpa PERKESO dalam tempoh seminggu dua ini untuk membincangkan usaha mengembangkan skim keselamatan itu kepada wartawan sambilan,” katanya.
Sementara itu, Irwan berkata, beliau yang bertugas di RTM sejak hampir 20 tahun lalu disahkan mengidap penyakit buah pinggang, kanser paru-paru dan paru-paru berair sejak awal tahun lalu.
“Saya kini menjalani rawatan haemodialisis tiga kali seminggu dan masih meneruskan tugas seperti biasa.
“Saya bersyukur menerima kunjungan menteri serta sumbangan HAWANA ini meringankan beban saya untuk mendapatkan susu khas yang saya memerlukan belanja RM1,600 setiap bulan,” katanya. BH
TikTok, Google, META akan dilesenkan – Fahmi
Baca Artikel Menarik:
- Bingkaikan nama anak pertama pilihan Agong, guru teruja
- Pemimpin AMK jangan main keadilan bela kroni – Nur Jazlan
- Dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Akmal suruh Rafizi hormat hak Agong dalam isu pengampunan seperti yang telah diterima Anwar
- Cara terbalikkan diabetes jenis 2
- Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA, soal Faiz
- Ayah campak, mama pula tumbuk mata saya – Waldan
- Ruhainies nafi besarkan buah dada
- Mayat makhluk asing ditemui
- Isham tak hadir pun mesyuarat MKT UMNO semalam
- Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar
- Kalau tak salah apa yang Muhyiddin takut?
- Pemuda terkejut bakal ‘isteri’ sebenarnya lelaki, terus batalkan perkahwinan serta merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)
Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?
Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]