Aksi ghairah Fasha tular, ini nasihat Dr Mohd Izhar

Aksi ghairah Fasha tular, ini nasihat Dr Mohd Izhar

Adegan tidak bersesuaian dan dikongsikan di media sosial akan menimbulkan fitnah, keraguan serta perbincangan dalam kalangan masyarakat.

Pendapat itu dikongsikan Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff yang menjelaskan mengenai hubungan suami isteri, perlu dibatasi di hadapan khalayak ramai.



“Hubungan suami isteri tak ada batas kecuali liwat dan bersetubuh ketika datang haid atau dalam nifas (darah yang keluar selepas proses melahirkan). Itu diharamkan.

“Namun begitu, hubungan suami isteri perlu dibatasi di hadapan khalayak ramai. Tak sesuai untuk melakukan adegan-adegan 18SX ke atas sehingga ia menampakkan akhlak yang tidak baik dalam kalangan kita sebagai umat Islam.

“Menunjukkan isteri kita yang tak tutup aurat, seksi dan sebagainya. Suami juga menunjukkan contoh yang tidak baik apabila kita berada di tempat-tempat yang boleh menimbulkan fitnah, keraguan dan perbincangan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pendakwah itu lagi, lelaki yang bergelar suami seharusnya bertanggungjawab mencari rezeki dengan cara dituntut agama tanpa menjatuhkan maruah sebagai Muslim.



“Sebab itu dalam Al-Quran, orang lelaki mentadbir wanita. Maksudnya, bertanggungjawab mencari rezeki dan duit, tapi biarlah dengan keadaan halal dan pada masa sama, cara kita dapatkan duit itu tanpa jatuhkan maruah sebagai Muslim dan juga ibu bapa kepada anak-anak,” katanya.

Diminta mengulas mengenai video yang tular di media sosial memaparkan pasangan selebriti tempatan dalam keadaan intim dan mengghairahkan berendam dalam tab mandi, Mohd Izhar menegaskan bahawa kandungan itu akan kekal berada di internet dan akan memberi kesan jangka panjang terutamanya kepada anak-anak mereka.

“Sudah pasti video itu akan ada dalam laman sosial selamanya. Sudah pasti bila anak-anak dah membesar, mereka tengok ibu bapa mereka menayangkan hubungan intim sekali di dalam tab mandi sehingga menimbulkan fitnah di masa depan. Kita kena sama-sama jaga supaya anak-anak kita membesar dalam ketakwaan,” katanya.

Berkongsi mengenai perniagaan, Islam tidak pernah melarang umatnya untuk mencari rezeki dengan menjual produk atau interaksi sesama manusia, namun, harusnya menerusi jalan yang halal.



“Tapi, ada perkara penting yang perlu difahami oleh golongan peniaga dan pembuat produk, produk itu mestilah halal dan bersih. Kedua, tidak ‘overclaim’.

“Ketiga, dari sudut promosi, mestilah patuh syariah. Maksudnya, sebagai contoh, kita menggunakan artis-artis yang seksi untuk melariskan produk, itu tidak dibenarkan dalam islam sebab menggalakkan maksiat.

“Kita patut menjadikan produk itu sebagai jalan dakwah untuk mendapatkan rezeki halal. Perlu bekerja dengan cara yang betul dan patuh syariah dalam mempromosikan produk itu,” katanya. HM

Aksi ghairah Fasha tular, ini nasihat Dr Mohd Izhar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker