Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa pihak polis membenarkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) menggandakan perhimpunan aman “Selamatkan Malaysia” di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Syahredzan Johan (PH-Bangi) berkata beliau tidak menyokong perhimpunan itu tetapi pihak polis harus membenarkan acara itu berlangsung.

“Kita (PH) dah lama perjuangkan hak untuk berhimpun dengan aman. Selagi perhimpunan itu dilakukan secara aman, kita patut benarkan.

“Saya tak nak kita lupa sejak sekian lama perjuangan kita juga adalah di jalanan,” kata Ahli Parlimen DAP itu ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat.

Pemuda PN mengumumkan perhimpunan “Selamatkan Malaysia” akan diadakan pada Sabtu ini bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker