Hadi ‘buat drama’, sanggup ke penjara

Hadi buat drama, sanggup ke penjara

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa beliau rela menerima hukuman penjara daripada membayar denda, dalam kes berkait dakwaan mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata wang untuk bayar denda lebih baik disalurkan ke pusat asuhan kanak-kanak parti itu.

“Saya tunggu dibicarakan di mahkamah, saya sedia dihukum.

“Tak tahu sama ada penjara atau denda… saya pilih penjara, kalau denda, baik beri pada PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam),” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Hadi disiasat polis susulan ceramah di Markas PAS Bakri, Muar pada 26 Ogos, berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan.

Siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, yang jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kertas siasatan sudah diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya pada 7 Sept.

Dalam pada itu, Hadi berkata beliau sudah beberapa kali dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis, yang menunjukkan profesionalisme.

“Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen… akan ada pilihan raya kecil,” katanya.

Rasanya tidak perlu buat sandiwara dan ‘play victim’. Kalau kita buat salah kenalah bersedia dengan tindakan.

Hadi buat drama, sanggup ke penjara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker