Syed Saddiq tiada keabsahan moral juarai isu rasuah – AMK
Syed Saddiq tiada keabsahan moral juarai isu rasuah – AMK
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan tidak mempunyai keabsahan moral untuk menjuarai agenda bebas rasuah.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Atyrah Hanim Razali berkata, Ahli Parlimen Muar itu sendiri terpalit dengan kes pecah amanah dan telah diarahkan untuk membela diri setelah kes dibuktikan prima facie.
“Kredibiliti Syed Saddiq juga dipertikaikan bila parti beliau sendiri masih gagal mengemukakan laporan audit bantuan banjir di Pahang pada 2021 yang telah mengumpulkan dana sebanyak RM1 juta,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Semalam, Syed Saddiq mengumumkan keputusan MUDA untuk keluar dari Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.
Beliau menyatakan, keputusan itu dibuat berdasarkan prinsip dan sukar bagi MUDA untuk terus bersama kerajaan setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi, minggu lalu.
Atyrah Hanim memberitahu, Syed Saddiq selaku Presiden MUDA juga telah mengkhianati pakatan pilihan raya bersama Pakatan Harapan (PH).
Menurut beliau, pengkhianatan itu berlaku apabila MUDA meletakkan calon di kerusi-kerusi yang disandang PH dan di negeri-negeri yang diperintah oleh PH.
“Namun tidak seorang pun calon di Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Perikatan Nasional (PN) dan hanya seorang calon di Terengganu.
“Persoalan yang harus dijawab MUDA adalah mengapa hanya berani melawan kawan tetapi ramah menyantuni lawan?” soalnya.
Atyrah Hanim juga melihat kelakuan Syed Saddiq sebagai satu kehinaan kepada politik anak muda.
Beliau menambah, kerjaya politik Syed Saddiq bermula dengan menyertai parti berasaskan kaum, berpelukan dengan figura politik tertua Malaysia, meningkat naik puncak kuasa dengan naungan politik, kemudian terpalit pula dengan jenayah pecah amanah dan korupsi.
“Pada masa yang sama melaungkan reformasi institusi dan politik baharu, beliau tidak pernah mencela salah guna kuasa, korupsi moral dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, juga memperbetulkan politik naungan yang paling korup dalam sejarah Malaysia,” jelasnya.
Sehubungan itu, Atyrah Hanim meminta Syed Saddiq mengamalkan kepimpinan melalui tauladan dengan menjadi Ahli Parlimen yang pertama mengosongkan kerusinya secara sukarela bagi memberi peluang untuk diadili oleh pengundi di Muar.
“Hentikan hipokrasi dan hanya menunggang agenda reformasi semata untuk kepentingan diri sendiri,” katanya. MG
Syed Saddiq tiada keabsahan moral juarai isu rasuah – AMK
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Mahathir, Muhyiddin gagal lagi
- Tolong faham, saya artis – Hael Husaini
- Jangan diuji diamku – bekas isteri ND Lala
- Baby Shima buat hal lagi
- Norman Hakim dipuji cerdik
- Ali Puteh perli Abby Abadi
- Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan
- Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO
- Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli
- Norman Hakim mohon maaf
- Bukan sabotaj himpunan RXZ, polis perjelas Op Khas Motosikal
- Memey terkena tempias Marissa
- Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania
Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu
You must be logged in to post a comment.