Saintis cipta klon biri-biri pertama dunia meninggal dunia
Saintis British, Ian Wilmut, yang penyelidikannya menjadi pusat penciptaan haiwan klon, Dolly the Sheep, meninggal dunia pada usia 79 tahun.
Kematiannya pada Ahad lalu beberapa tahun selepas didiagnosis dengan penyakit Parkinson, diumumkan Universiti Edinburgh tempat beliau bekerja.
Wilmut, bersama-sama dengan Keith Campbell dari Institut Penyelidikan Sains Haiwan di Scotland, mencetus perdebatan etika yang hangat pada tahun 1996 apabila mereka mencipta Dolly, mamalia pertama yang diklon daripada sel dewasa.
Universiti Edinburgh berkata, Wilmut mengetuai usaha untuk membangunkan teknik pengklonan atau pemindahan nuklear yang boleh digunakan untuk membuat biri-biri yang diubah suai secara genetik.
Jelas universiti itu, usaha-usaha inilah yang membawa kepada kelahiran Megan dan Morag pada 1995 dan Dolly pada 1996.
Dolly yang dinamakan sempena penyanyi Dolly Parton, adalah mamalia pertama yang diklon daripada sel dewasa menggunakan proses yang dipanggil pemindahan nuklear sel somatik (SCNT).
Ini melibatkan pengambilan telur biri-biri, mengeluarkan DNAnya dan menggantikannya dengan DNA daripada sel beku biri-biri yang mati bertahun-tahun sebelumnya.
Telur itu kemudiannya dikenakan cas elektrik untuk menjadikannya tumbuh seperti embrio yang disenyawakan dengan tiada sperma yang terlibat.
Penciptaan Dolly mencetuskan kebimbangan pengklonan pembiakan manusia atau menghasilkan salinan genetik orang hidup atau mati tetapi saintis arus perdana telah menolak perkara ini sebagai terlalu berbahaya.
Wilmut, yang dilahirkan berhampiran Stratford-upon-Avon, menuntut di Universiti Nottingham pada awalnya untuk menelaah ilmu pertanian, sebelum beralih kepada sains haiwan.
Beliau berpindah ke Universiti Edinburgh pada tahun 2005 dan menerima gelaran kesatria pada tahun 2008 sebelum bersara dari dunia pendidikan pada tahun 2012.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Raymond Goh meninggal dunia
- Influenza A lebih sakit daripada COVID-19 – Yana
- Irfan Fandi bercinta dengan Miss Universe Thailand 2023
- Cabar undang-undang faktor RX-Z kena ‘pukat’
- Itu hanya cakap Isham, bukan pendirian UMNO
- Bunian ajak Tom menyanyi
- UMNO bekerjasama dengan PH bukan kahwin dengan DAP
- Ini sangat biadap, Ameera Khan dituduh berjudi
- Komen pedas Umie Aida
- Isham wajar letak jawatan sebagai MKT UMNO
- Syed Saddiq tiada keabsahan moral juarai isu rasuah – AMK
- Syahmi buat tujuh gigi pemain China terpaksa dicabut
- Wanita Timur Tengah tunjuk jari tengah bila kantoi minta sedekah (Video)
- Caprice buat pendedahan Mondy Tatto, Ebit Lew
Layari Laman Facebook MYKMU.NET