Penjual bebola ubi kayu saling tak tumpah Lionel Messi
Seorang penjual makanan jalanan di Indonesia menjadi tumpuan pengguna media sosial kerana memiliki wajah mirip bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi, lapor laman berita Okezone hari ini.
Dalam video yang dikongsikan di platform TikTok, lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dilihat sibuk membungkus cilok atau bebola ubi kayu kepada pelanggan.
Ekspresi wajah dan senyumannya menyerupai Messi meskipun penjual berkenaan hanya tersenyum dan tidak menuturkan sebarang ucapan.
“Sejak bila Messi menjual cilok? Mirip sekali. Dari Argentina ke sini menjual cilok,” demikian menurut keterangan pada klip video tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Messi ketika sudah pencen daripada bermain bola sepak,” kata seorang netizen.
“Dia sedang melancong dan tidak mahu dicam oleh orang ramai,” ujar pengguna lain
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Mahathir, Muhyiddin gagal lagi
- Tolong faham, saya artis – Hael Husaini
- Jangan diuji diamku – bekas isteri ND Lala
- Baby Shima buat hal lagi
- Norman Hakim dipuji cerdik
- Ali Puteh perli Abby Abadi
- Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan
- Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO
- Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli
- Norman Hakim mohon maaf
- Bukan sabotaj himpunan RXZ, polis perjelas Op Khas Motosikal
- Memey terkena tempias Marissa
- Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania
Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu
You must be logged in to post a comment.