Papagomo didenda RM2,100 cederakan Syed Saddiq
Papagomo didenda RM2,100 cederakan Syed Saddiq
MAHKAMAH Majistret Kajang hari ini mengenakan hukuman denda berjumlah RM2,100 terhadap bekas exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atas pertuduhan menyebut perkataan kurang sopan serta mendatangkan kecederaan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman empat tahun lalu.
Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli mengenakan denda sebanyak RM100 terhadap pertuduhan menyebut perkataan kurang sopan, manakala bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan sebanyak RM2,000.
Muhammad Noor Firdaus mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Sekiranya gagal membayar denda itu, Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali dengan gelaran Papagomo diarahkan agar dipenjara selama sehari dan tiga bulan masing-masing bagi setiap pertuduhan itu.
Tertuduh bagaimanapun membayar denda berkenaan.
Papagomo didenda RM2,100 cederakan Syed Saddiq
Baca Artikel Menarik:
- Raymond Goh meninggal dunia
- Influenza A lebih sakit daripada COVID-19 – Yana
- Irfan Fandi bercinta dengan Miss Universe Thailand 2023
- Cabar undang-undang faktor RX-Z kena ‘pukat’
- Itu hanya cakap Isham, bukan pendirian UMNO
- Bunian ajak Tom menyanyi
- UMNO bekerjasama dengan PH bukan kahwin dengan DAP
- Ini sangat biadap, Ameera Khan dituduh berjudi
- Komen pedas Umie Aida
- Isham wajar letak jawatan sebagai MKT UMNO
- Syed Saddiq tiada keabsahan moral juarai isu rasuah – AMK
- Syahmi buat tujuh gigi pemain China terpaksa dicabut
- Wanita Timur Tengah tunjuk jari tengah bila kantoi minta sedekah (Video)
- Caprice buat pendedahan Mondy Tatto, Ebit Lew
Layari Laman Facebook MYKMU.NET