Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sahkan rakyat Malaysia ditahan di Norway

Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sahkan rakyat Malaysia ditahan di Norway

Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia ditahan di Norway.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, penahanan itu dibuat kerana lelaki berkenaan disyaki terbabit dengan aktiviti pengintipan.



“Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo, Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes ini.

“Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan,” katanya.

Media antarabangsa hari ini melaporkan, seorang pelajar Malaysia ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk pemantauan telefon (wiretapping).

Memetik The Nordic Page, penahanan terhadap suspek berusia 25 tahun itu dibuat oleh Perkhidmatan Perisikan Norway-PST.



Suspek seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway hanya berada di negara itu untuk tempoh yang singkat.

Menurut pihak berkuasa, suspek ditahan pada 8 September lalu dan akan ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama di dalam sel berasingan.

Pada masa sama, media terbabit melaporkan pihak polis turut merampas pelbagai peranti pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek.

Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara. BH



Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sahkan rakyat Malaysia ditahan di Norway

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker