Hukum menyindir orang di media sosial

Hukum menyindir orang di media sosial

Menyindir seseorang dalam laman sosial adalah haram kerana ia termasuk dalam perbuatan menghina dengan kata-kata atau perbuatan. Selain itu, kita juga akan turut tergolong dalam kategori mereka yang menyebarkan fitnah.

Lebih berat lagi, perbuatan menyindir di laman sosial akan mendatangkan kemudaratan lebih besar terhadap perpaduan manusia secara umum dan umat Islam secara khususnya. Atas dasar itu, ulama seperti al-Qurtubi menegaskan, larangan itu bersifat umum meliputi semua pihak sama ada Muslim atau kafir.



Orang Muslim diarah oleh Allah SWT supaya bersatu padu dan dilarang berpecah belah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berpecah belah.” (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Bagi orang kafir pula, kesan daripada sindiran itu akan mengakibatkan mereka menjadi lebih agresif menghina serta memusuhi agama Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu cerca benda yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami memperelokkan pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah al-An’am, ayat 108)

Umat Islam dilarang menyindir atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada seseorang di laman sosial. Apabila hal ini dapat dipelihara, persaudaraan antara kita akan dapat dijaga dan diperkukuhkan. Bagi menyelesaikan ketidakpuasan hati antara manusia, kita disarankan supaya bersemuka untuk menyelesaikan masalah dan berbincang secara jujur.



Tidak perlulah kita mengambil jalan singkat dengan menghebahkan perbalahan yang berlaku di dalam laman sosial. Ia bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah, tetapi akan lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Hukum menyindir orang di media sosial

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah



Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker