Budak setahun merangkak keluar dari lori remuk cari ibu

Bayi bernama Fatih dilihat merangkak keluar dari bahagian hadapan lori sebelum berjalan ke arah ibunya, Sri Devi. – Istimewa

Seorang kanak-kanak berusia setahun yang terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah lori di wilayah Lampung, Indonesia dirakam merangkak keluar dalam keadaan selamat dari bahagian hadapan salah sebuah kenderaan itu yang remuk, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kanak-kanak bernama Fatih Akbar itu dilihat merangkak keluar dari serpihan kemalangan sebelum berjalan ke arah ibunya, Sri Devi.

Sri Devi ketika itu sedang berusaha untuk keluar dari pintu tempat duduk kelindan yang turut remuk.

Anaknya yang baru belajar berjalan itu kemudian menuju ke arahnya dengan memanjat beberapa serpihan nahas.

Dua buah lori dilihat terbalik dengan salah satu daripadanya berada dalam keadaan melintang di tengah jalan.

Menurut Sri Devi, dia tidak menyedari bagaimana kemalangan itu berlaku kerana dia dan anaknya itu sedang tidur ketika kejadian.

“Saya juga tidak tahu Fatih tercampak ke luar kenderaan. Saya lihat dia sudah berada di luar (lori),” katanya.

Menurut Sri Devi, Fatih kini berada dalam keadaan baik meskipun mengalami beberapa kecederaan ringan. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker