Budak lemas: ‘9 tahun kami tunggu zuriat’
“Saya dan suami tunggu sembilan tahun untuk dapat cahaya mata, tetapi dia pergi tidak sampai dua tahun tinggal bersama kami.”
Demikian luahan Zarina Azmi, 34, yang kehilangan anak tunggalnya, Muhammad Ziyaf Mikhail Muhammad Yuzarith berusia setahun tujuh bulan akibat lemas.
Muhammad Ziyaf Mikhail ditemui lemas bersama datuknya, Azmi Abdullah, 78, di sebuah kolam hiasan terbiar berdekatan sebuah restoran di Taman Kempas, di sini kira-kira pukul 7.20 malam semalam.
Menurut Zarina, dia reda dengan ketentuan Ilahi, namun masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu.
“Saya dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 37, masih bersedih kerana anak kesayangan yang kami tunggu sembilan tahun hilang sekelip mata.
“Saya masih trauma dengan kejadian ini dan mungkin sukar untuk melupakannya dalam masa terdekat,” katanya di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.
Ketika ditanya tentang perubahan anaknya itu katanya, dia hairan dengan kelakuan anak tunggalnya yang asyik memeluk dan menciumnya sepanjang menemaninya di gerai makan miliknya di Taman Kempas semalam.
“Saya rasa pelik dengan perbuatannya itu kerana seolah-olah dia enggan berenggang dengan saya sehingga datuknya datang mengambilnya pada pukul 5 petang semalam.
“Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya sebelum dimaklumkan anak ditemui meninggal dunia di dalam kolam itu kira-kira pukul 7.20 petang semalam,” ujarnya.
Seorang jurukimpal, Alif Ikhmal Kintan, 26, berkata, kolam berbentuk bujur yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya berkeluasan anggaran satu meter lebar dan panjang tiga meter dengan kedalaman hampir satu meter itu sudah lama wujud di situ.
Menurutnya, semasa berada di rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian, dia mendapat maklumat melalui WhatsApp mengatakan ada dua mangsa lemas di kolam berkenaan menyebabkannya berpatah balik.
“Apabila saya sampai, mayat lelaki dewasa dan cucunya telah selesai diangkat oleh pihak polis,” katanya yang ditemui berhampiran kolam itu semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mayat warga emas dan cucu lelakinya itu ditemui seorang pekerja restoran tersebut pada pukul 7.20 malam sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Katanya, pemeriksaan terhadap kedua-dua mangsa dan lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Raymond Goh meninggal dunia
- Influenza A lebih sakit daripada COVID-19 – Yana
- Irfan Fandi bercinta dengan Miss Universe Thailand 2023
- Cabar undang-undang faktor RX-Z kena ‘pukat’
- Itu hanya cakap Isham, bukan pendirian UMNO
- Bunian ajak Tom menyanyi
- UMNO bekerjasama dengan PH bukan kahwin dengan DAP
- Ini sangat biadap, Ameera Khan dituduh berjudi
- Komen pedas Umie Aida
- Isham wajar letak jawatan sebagai MKT UMNO
- Syed Saddiq tiada keabsahan moral juarai isu rasuah – AMK
- Syahmi buat tujuh gigi pemain China terpaksa dicabut
- Wanita Timur Tengah tunjuk jari tengah bila kantoi minta sedekah (Video)
- Caprice buat pendedahan Mondy Tatto, Ebit Lew
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.