Syed Saddiq tunjuk warna sebenar – Ahmad Zaki

Syed Saddiq tunjuk warna sebenar – Ahmad Zaki

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan menunjukkan ‘warna sebenar’ selepas mengumumkan secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa-serta merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ahmad Zaki Shah Shah Headan berkata, ini kerana sepanjang berada bersama blok Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq lebih cenderung mengkritik Kerajaan Perpaduan.



Malah, Ahmad Zaki berkata, Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA juga dilihat tidak pernah mengeluarkan komen menghentam Perikatan Nasional (PN).

”Apabila beliau (Syed Saddiq) umum menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, kita persoalkan motifnya sebab sepanjang berada dalam kerajaan PH, beliau hanya hentam Kerajaan Perpaduan, tidak pernah komen atau hentam PN.

“Jadi sekarang ‘true color’ beliau kita dah nampak, sebelum ini beliau nafikan, tetapi sekarang kita dah dapat nampak siapa sebenarnya MUDA dan Syed Saddiq,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Saddiq semalam secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa-serta merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.



Menurut Syed Saddiq, antara sebab utama tindakan itu adalah kerana langkah Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhir-akhir didakwanya dilihatnya bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang

Mengulas lanjut, Ahmad Zaki berkata, walaupun Syed Saddiq telah menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, Presiden MUDA itu perlu ingat beliau memenangi kerusi Parlimen Muar atas kapasiti sokongan PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-15.

Tambah Ahmad Zaki, penarikan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan itu juga dilihat tidak akan memberikan impak besar kepada Kerajaan Perpaduan dan beliau yakin gabungan Kerajaan Perpaduan masih kekal utuh. Utusan

Syed Saddiq tunjuk warna sebenar – Ahmad Zaki



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker