Guru sempat mengucap sebelum meninggal akibat kemalangan

MUAR: Seorang guru sempat mengucap sebelum menemui ajal kira-kira 28 jam selepas menerima rawatan lanjut di hospital di sini, pagi tadi, susulan kemalangan di Kampung Panchor, dekat Pagoh.

Ahmad Syahir Abdul Rahman, 25, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kundang Ulu, Bukit Gambir disahkan meninggal dunia jam 11 pagi akibat cedera parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang cuba memotong.

Sejurus selepas kemalangan mangsa dikatakan sempat mengucap dan menyebut ‘Allah’ sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut.



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kemalangan ketika Ahmad Syahir sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Parit Raja, di sini, ke sekolahnya di Kundang Ulu, pada jam 7.30 pagi semalam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang penuntut universiti berusia 21 tahun cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya.

“Bagaimanapun, cubaan pemandu itu gagal lalu merempuh motosikal ditunggang mangsa. Rempuhan itu menyebabkan motosikal tercampak manakala mangsa mengalami pendarahan di kepala.

“Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans ke HPSF dan dimasukkan ke zon merah. Mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal dan akhirnya disahkan meninggal dunia,” katanya.



Raiz Mukhliz berkata, pemandu Toyota Vios tidak cedera dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan,” katanya sambil mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker