Adun MUDA Johor juga ‘tinggalkan’ Kerajaan Perpaduan
Adun Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz yang mewakili Muda bukan lagi wakil rakyat dalam blok pengimbang Pakatan Harapan (PH) DUN Johor.
Ketua Pembangkang Johor Andrew Chen Kah Eng, berkata keputusan itu selaras dengan tindakan Muda peringkat pusat menarik balik sokongan kepada kerajaan perpaduan.
“Oleh kerana Muda telah memilih dan memutuskan untuk meninggalkan kerajaan peraduan dan bersikap tidak mesra dengan kerajaan perpaduan, maka secara automatiknya, Adun Muda di Johor bukan lagi berada dalam blok pengimbang PH.
“Kami amat kecewa dengan sikap Musa yang sentiasa mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kerajaan perpaduan kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Muda secara rasmi mengumumkan keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga sebagai protes keputusan DNAA Zahid terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.
Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan menormalisasikan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu.
Selain itu, Chen berkata tindakan Muda kebelakangan ini juga bertentangan dengan semangat setia kawan termasuk meletakkan calon mereka melawan PH dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor, tahun lalu.
“Tambah menyedihkan apabila presiden Muda melabelkan DAP sebagai ‘lapdog’. Walaupun PH banyak bantu mereka sebelum ini, tetapi tindakan ini menunjukkan mereka tidak mengenang jasa,” katanya yang juga Adun Stulang.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Mahathir, Muhyiddin gagal lagi
- Tolong faham, saya artis – Hael Husaini
- Jangan diuji diamku – bekas isteri ND Lala
- Baby Shima buat hal lagi
- Norman Hakim dipuji cerdik
- Ali Puteh perli Abby Abadi
- Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan
- Muak dengan ahli politik guna rakyat untuk kepentingan peribadi – KP UMNO
- Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan, Zawawi bidas Fadli
- Norman Hakim mohon maaf
- Bukan sabotaj himpunan RXZ, polis perjelas Op Khas Motosikal
- Memey terkena tempias Marissa
- Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania
Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu